Belia Di Sabah Kurang Derma Darah

derma-darah.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Angka golongan belia yang menderma darah di Sabah masih terlalu rendah, iaitu sekitar 27 peratus daripada kira-kira 23,000 orang yang berbuat demikian pada 2019, kata Penyelaras Program Derma Darah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah Leslie Chan Boon Siang.

Leslie berkata peratusan itu terlalu kecil berbanding jumlah sebenar golongan belia di Sabah yang merangkumi 70 peratus daripada kira-kira 3.9 juta penduduk di negeri tersebut.

“Oleh itu kita mahu menaikkan jumlah penderma daripada golongan belia sekurang-kurangnya boleh mencapai 37 peratus,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata BSMM akan mengadakan perbincangan dengan pihak hospital untuk memperluaskan kempen menderma darah membabitkan golongan belia.

“Kita telah menerima beberapa cadangan untuk mengadakan kempen kepada golongan belia, antaranya menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok dan sebagainya untuk mempromosikan sebarang iklan derma darah.

“Kita akan berusaha mengadakan lebih banyak kempen kesedaran termasuk berbincang dengan Majlis Belia Sabah serta Kementerian Belia dan Sukan Sabah mengenai pelan strategik bagi menggalakkan lebih ramai belia menderma darah,” katanya, menambah pihaknya juga akan berusaha menangkis persepsi karut dalam kalangan masyarakat termasuk kononnya boleh kehabisan darah.

Sebenarnya, menderma darah mempunyai banyak manfaat termasuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang, katanya. – Bernama

 
Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top