BELASUNGKAWA: Tun Rahah Kembali Ke Rahmatullah

Tun-Rahah.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Tun Rahah Mohamed Noah, 87, isteri kepada bekas Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein menghembuskan nafas terakhir di hospital swasta, hari ini.

Perkara itu disahkan anak Allahyarham yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di akaun Facebook miliknya.

“Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada, kami sekeluarga di hospital.

“Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” tulisnya.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar menziarahi Tun Rahah.

Selain Seri Paduka Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua itu.

Sebelum itu, beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin lain turut menziarahi Allahyarham.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top