BELASUNGKAWA: Railey Jeffrey Meninggal Dunia

Railey.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Bekas timbalan menteri penerangan Datuk Railey Jeffrey, 75, meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda, Petaling Jaya, 5.30 petang, semalam.

Berita itu dikongsi kenalannya iaitu bekas pengerusi Persatuan Etnik Cocos Sabah (PECOS) cawangan Lahad Datu Ishak Harry, 74, yang dihubungi Bernama.

Ishak berkata, perkara itu diketahui melalui adik beliau, Kemley Jeffrey.

Difahamkan, jenazah Railey akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

“Allahyarham merupakan rakan saya dari kecil kerana kami tinggal berjiran di Kampung Segama.

“Allahyarham, sesungguhnya seorang sahabat serta pemimpin yang baik hati dan jujur,” katanya dan kali terakhir bertemu tiga tahun lalu ketika persidangan UMNO di Lahad Datu.

Railey menjawat jawatan timbalan menteri penerangan pada 1986 hingga 1995 dan selepas itu memegang jawatan sebagai timbalan menteri kerja raya hingga 1999.

Pada tempoh itu, beliau merupakan Ahli Parlimen Silam daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang kemudian menyertai UMNO pada 1991.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top