Belasungkawa: Aktivis MA63 Zainnal Ajamain Meninggal Dunia

zainnal-ajamain.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Aktivis Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Zainnal Ajamain meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, awal pagi tadi.

Difahamkan, penasihat Warisan berkaitan MA63 itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Damai Luyang, di sini, kira-kira 3 pagi tadi.

Rakan rapat kepada Zainnal, Michael Peter Govind ketika dihubungi mengesahkan berita duka itu dan berkata, jenazah telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut sebelum dijangka disemadikan di Putatan, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua berkata, pemergian Zainnal satu kehilangan besar buat rakyat Sabah.

Katanya, usaha Zainnal untuk mengkaji seterusnya memperjuangkan MA63 akan terus dikenang oleh Warisan dan juga rakyat Sabah.

“Ketika Warisan menjadi kerajaan dulu, kami telah memberi platform kepada Zainnal untuk meneruskan usaha beliau memperjuangkan MA63.

“Sebenarnya, beliau (Zainnal) bukan seorang ahli politik, tidak kira siapa pun menjadi kerajaan sejak dari dulu, beliau konsisten dalam usahanya memperjuangkan MA63.

“Bagi pihak Warisan, saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan semoga mereka tabah menghadapi waktu sukar ini,” katanya. – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top