Belanjawan 2022 Bertepatan Tema ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ – Shahelmey

shahelmey-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KPMKR) menyambut baik intipati Pembentangan Bajet 2022 yang dibentangkan semalam selaras dengan hala tuju kementerian itu sendiri.

Menterinya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kumpulan sasar KMPKR seperti wanita, warga emas, ibu atau bapa tunggal, orang kelainan upaya (OKU) serta kanak-kanak terus mendapat perhatian jitu daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

Jelasnya, ia amat bertepatan dengan tema Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.

“Kita menyambut baik Pembentangan Bajet 2022. Selaku Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat  Negeri Sabah di mana golongan sasar seperti warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan juga wanita turut tersenarai.

“Keputusan Kerajaan untuk memperkasa Bahagian D11 Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak adalah sangat wajar.

“Selain itu, bantuan-bantuan kepada ibu tunggal dan warga emas juga ditambah nilainya mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)” katanya.

Sementara itu, Shahelmey berkata, Pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz di dalam Parlimen semalam turut memperlihatkan hala tuju jelas pihak kerajaan untuk membantu memulihkan ekonomi sedia ada yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Berikutan dari perkembangan pemulihan negara daripada pandemik COVID-19, usaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi adalah penting.

“Ini memandangkan ketika era pandemik, ramai golongan terkesan termasuklah golongan muda dan dengan adanya inisiatif jamin kerja untuk 600,000 peluang kerja, program MyStep untuk 80,000 orang peserta dan lain-lain inisiatif latihan serta peningkatan skil/kemahiran, peluang akan wujud utk membantu penempatan kerja dan pengaktifan ekonomi,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top