Belanjawan 2021 Sabah Dibentang 18 Disember Depan

hajiji-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Belanjawan 2021 bagi negeri Sabah akan dibentangkan oleh ketua menteri merangkap menteri kewangan, Hajiji Noor pada 18 Dis depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Sabah, ucapan pembentangan akan bermula jam 3 petang dan akan disusuli dengan mesyuarat kedua penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-16, bermula 21 hingga 23 Dis.

“Selaras dengan keputusan mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha DUN Sabah pada 30 Okt lalu, liputan hanya akan dibuat oleh media rasmi kerajaan dengan jumlah yang dibenarkan sebagai pematuhan terhadap SOP (prosedur operasi standard) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Bagaimanapun, media tidak rasmi boleh mengikuti persidangan secara langsung di laman Youtube yang dikendalikan oleh Jabatan Komputer Negeri Sabah, manakala bahan dan gambar akan dibekalkan oleh Jabatan Penerangan Sabah,” kata kenyaaan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top