Belanjawan 2021 Peringkat Dasar Lulus Melalui Undi Suara

MahfuzOmar-1.jpg
Kongsi Bersama

Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu, akhirnya diluluskan melalui undi suara di Dewan Rakyat hari ini.

Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara en bloc tidak kesampaian apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.

Ketika semakan dibuat kakitangan Dewan Rakyat hanya 13 ahli parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz.

Untuk rekod ada beberapa cara sesuatu usul itu diterima atau ditolak.

Mengikut peraturan speaker terlebih dahulu akan bertanya sokongan pihak yang setuju sebelum menguji undian suara mereka yang tidak bersetuju.

Sekiranya terdapat lebih banyak suara ahli parlimen yang bersetuju, undian akan diluluskan.

Namun, mana-mana ahli parlimen boleh mempertikaikan keputusan tersebut dengan meminta undian secara en bloc – atau belah bahagi – dibuat.

Bagaimanapun ia memerlukan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen menyokongnya.- Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top