Bekas Presiden MCA Intai Peluang Bertanding di Pandan Atas Tiket Warisan

Ong-Tee-Kiat.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Semalam ketika melancarkan jentera pilihan raya parti Warisan bagi Parlimen Tenom, presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membayangkan seorang bekas presiden MCA akan merupakan salah seorang daripada calon yang akan turut bertanding di Semenanjung atas tiket Warisan.

Dipercayai tokoh yang dimaksudkan itu ialah Tan Sri Ong Tee Kiat (gambar) yang menyertai Warisan baru-baru ini selepas berehat selama lima tahun daripada politik.

Dalam satu temubual bersama Sin Chew Daily Ong dilaporkan berkata, kemunculannya kembali didorong oleh kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa tahun kebelakangan.

“Saya kembali sebagai ‘orang baharu’ yang banyak pengalaman,” katanya.

Ong berkata, jika diberi peluang, beliau ingin bertanding di kerusi Parlimen Pandan yang pernah diwakilinya.

Beliau adalah Ahli Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013 selepas berkhidmat empat penggal dari 1989 sebagai Ahli Parlimen Ampang Jaya, di mana Pandan kemudiannya dikeluarkan.

Beliau berkata banyak perubahan berlaku di kawasan Pandan sejak beliau meninggalkan kawasan itu, dengan penduduk memberitahunya tidak ada perayaan diadakan untuk memupuk perpaduan seperti yang pernah beliau anjurkan ketika menjadi Ahli Parlimen.

Ong pernah bersama MCA selama 28 tahun dan meletak jawatan pada 2017 kerana ingin menjadi “warganegara biasa”.

Beliau pernah menjadi menteri pengangkutan pada 2008 dan sebelum itu beliau pernah menjadi timbalan menteri belia dan sukan serta timbalan menteri pengajian tinggi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top