Bekas pengurus kanan GLC ditahan SPRM Sabah babit kes tuntutan palsu

sprm.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM26,000.

KOSMO! ONLINE yang memetik sumber melaporkan, suspek lelaki berusia 40-an disyaki melakukan perbuatan itu antara November 2017 hingga Januari 2018.

“Suspek dipercayai mengarahkan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja penggantian tiga jenis paip di sebuah kilang berasaskan produk minyak sawit, namun ia tidak dilaksanakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi semalam di Pejabat SPRM Cawangan Tawau, ketika hadir memberi keterangan dan dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Menurut laporan itu lagi, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, suspek akan dituduh hari ini di Mahkamah Khas Rasuah Tawau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top