Bekas pengerusi Muda Sabah mohon sertai DAP

Amos-Thien.jpg

Amos Thien

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas pengerusi Muda Sabah, Amos Thien Tze Tin telah menyertai DAP Sabah.

Thien, 35, berkata keputusannya tidak dipengaruhi oleh pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada Oktober tahun depan.

Menurutnya beliau mengambil masa setahun sebelum membuat keputusan untuk menyertai DAP.

Thien berkata, beliau telah melepaskan keahlian Muda pada Oktober tahun lepas dan menyerahkan borang permohonan keahlian DAP kepada ketua pemuda parti itu Dr Kelvin Yii pada 17 Mac lepas ketika pemukiman DAP di Kuala Lumpur.

Sambil menyifatkan langkahnya menyertai DAP sebagai keputusan peribadi, Thien berkata beliau tidak berhasrat untuk “memujuk atau mempengaruhi orang lain untuk mengikutinya.”

Thien juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Muda Sabah yang kini diterajui oleh Faezrah Rizalman.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top