Bekas Pemimpin PBS Mahu Memperkasa Mahkamah Anak Negeri Melalui STAR-GRS

Francis-Lawrence.jpg

Francis menyerahkan borang keahlian kepada Dr Jeffrey.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) Francis Lawrence @ Yusof yang diterima sebagai ahli seumur hidup Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, berazam untuk membantu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkukuh institusi Mahkamah Anak Negeri di Tawau.

Bekas ketua penaja PBS bahagian Kukusan itu berkata beliau akan bekerjasama rapat dengan ketua bahagian STAR di kawasan parlimen Kalabakan yang terdiri daripada Tanjung Batu, Sebatik, dan Kukusan.

“Sebagai ahli baharu keluarga STAR, saya akan membantu ketua bahagian merealisasikan semua program yang telah mereka rancangkan,” kata Francis yang juga telah dilantik sebagai penyelaras STAR Parlimen Kalabakan.

Tiga bahagian STAR di kawasan parlimen Kalabakan diketuai oleh Rahmat Sawal (Kukusan), Idris Rajah (Sebatik) dan Betly Salleh (Tanjung Batu).

Francis, seorang usahawan di Tawau, telah bersama PBS sejak 2000 memegang pelbagai jawatan dalam parti itu seperti ketua Pemuda Tanjung Batu, naib ketua bahagian dan timbalan ketua bahagian.

Beliau juga pernah menjadi Exco Pemuda PBS Pusat, timbalan ketua Pemuda PBS Pusat, dan Ahli Majlis Tertinggi PBS (kuota Bumiputera Islam) selama empat penggal.

Francis berterima kasih kepada presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan dan kepimpinan parti kerana memberi peluang kepadanya dan rakannya menyertai parti itu.

Turut hadir pada majlis di Sokid Villa itu ialah Naib Presiden STAR Kapitan Stephen Teo dan Penolong Setiausaha Agung Ardino Diris.

Menurut Francis, beliau dan rakan-rakan dari Kalabakan meninggalkan PBS atas kesedaran bahawa perjuangan parti itu tidak lagi sama seperti pada era kepimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

“Kami memutuskan untuk menyertai STAR untuk menjadi sebahagian daripada perjuangan Dr Jeffrey yang konsisten dengan tuntutan hak Sabah, di luar dan di dalam kerajaan,” katanya. – Borneo Post

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top