Bekas Pemimpin Kanan PKR Sabah Sertai Warisan

Dr-Chong-join-Warisan.jpg

Junz (tiga, kiri) menyerahkan kemeja-T parti Warisan kepada Dr Chong (dua, kanan).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli politik veteran Dr Chong Eng Leong memilih untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi meneruskan perjuangan untuk Sabah dan menyelesaikan isu pendatang tanpa izin (PTI) yang berpanjangan.

Bekas senator dan pemimpin kanan PKR itu mengumumkan penyertaannya semasa bengkel persiapan jentera pilihan raya Warisan Bahagian Kota Kinabalu di Luyang, di sini, pada Sabtu lepas.

Sebagai simbolik penyertaannya Dr Chong dihadiahkan baju kempen parti itu oleh Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong.

Beliau dilaporkan akan menyerahkan borang keahlian rasmi tidak lama lagi dan akan menjadi ahli di Bahagian Kota Kinabalu.

Junz berkata penyertaan Dr Chong bukan sahaja akan memberi manfaat kepada parti tetapi aset untuk Sabah secara keseluruhan.

“Saya mengenalinya secara peribadi semasa awal karier politik saya. Dr Chong sentiasa lantang dalam isu pendatang tanpa izin di Sabah.

“Kami mengalu-alukan Dr Chong ke dalam keluarga besar Warisan, kami mara bersama dalam semangat perpaduan dan memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah,” kata Junz.

Sementara itu Dr Chong berkata beliau gembira menyertai Warisan kerana parti itu benar-benar berbilang kaum dan satu-satunya parti tempatan yang berwibawa yang akan memperjuangkan hak Sabah.

“Saya percaya Warisan adalah platform terbaik untuk saya menyumbang kepada pembangunan negeri.”

Dr Chong adalah bekas ahli majlis tertinggi PBS tetapi kemudiannya meninggalkan parti itu pada 2008, sebelum menyertai PKR Sabah sebagai ahli jawatankuasa Majlis Presiden bagi Kewangan, Keselamatan dan Imigresen parti tersebut.

Berita asal: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top