Bekas Peguam Besar Sabah Minta Warisan Plus Terima Kekalahan Secara Bermaruah

Mariati-Robert-sabah1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Mariati Robert meminta Warisan Plus agar menghormati mandat rakyat yang memberikan kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah, yang calonnya memperoleh 38 kerusi pada pilihan raya negeri DUN Sabah Sabtu lepas.

“Warisan Plus tidak mendapat sokongan majoriti anggota dewan. Ia telah dikalahkan, ”katanya. “Warisan Plus harus menerima bahawa mereka telah kalah dalam pilihan raya ini dan harus menerima kekalahan secara bermaruah dan konstruktif.”

Beliau bekata, sebarang tindakan Warisan Plus cuba bergayut pada kuasa akan dilihat sebagai ‘memperlekeh dan mengkhianati’ kepercayaan rakyat.

Mariati seterusnya mendesak parti itu memainkan peranan mulia sebagai pembangkang yang mengawai kerajaan.

“Ini adalah peranan baharu yang harus dialu-alukan oleh Warisan Plus,” katanya.

Mariati turut membantah hujah (sesetengah pihak) bahawa Yang di-Pertua Negeri harus melantik ketua menteri dari Warisan Plus berdasarkan Artikel 6 (7) perlembagaan negeri.

Menurutnya, Yang di-Pertua Negeri akan melantik ketua parti dengan kerusi terbanyak hanya jika parti itu memenangi lebih dari 50% kerusi di DUN.

Warisan cuma memenangi 29 kerusi pada hari Sabtu (termasuk enam kerusi melalui calon dari DAP), PKR 2 dan Upko 1 menjadikan jumlah 32, kurang lima kerusi daripada jumlah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan majoriti mudah.

Mariati mengatakan, argumen yang bergantung pada Artikel 6 (7) “jelas salah dan disalah sangka.”

GRS memenangi 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan. Jumlah itu merangkumi 17 untuk Perikatan Nasional, 14 untuk Barisan Nasional dan 7 untuk PBS.

Awal hari ini GRS bersetuju untuk mencalonkan ketua PN Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai ketua menteri. Beliau dijangka mengangkat sumpah jawatannya esok.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top