Bekas Panglima ATM calon BN PRK Kemaman

calon-BN-Kemaman.jpg

Tan Sri Raja Mohamed Affandi

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima ATM Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumum calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Pengumuman dibuat Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Mohammed Affandi, bukan orang luar, sebaliknya dibesarkan di Kemaman, dan keluarganya juga berada di Kemaman.

Menurut Ahmad Zahid, beliau percaya faktor calon serta strategi yang bertepatan oleh BN dan Kerajaan Perpaduan, boleh meningkatkan kemungkinan untuk merampas kembali kerusi tersebut daripada Perikatan Nasional (PN).

“Setelah berunding dengan sahabat BN dan UMNO, kita tidak syak calon kita ini dapat membawa perubahan di Kemaman, dan insya-Allah jika terpilih sebagai wakil BN, wakil Kerajaan Perpaduan, Insya-Allah kita akan memberi terus keperluan rakyat di Kemaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sewaktu Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRK Kemaman, di Menara Dato’ Onn, di sini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top