Bekas MP Putatan mungkin tandingi kerusi DUN Tanjung Aru

marcus-mojigoh.jpg

Datuk Dr Marcus Mojigoh

Kongsi Bersama

.KOTA KINABALU: Bekas ahli parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh menyatakan kemungkinan bertanding sebagai calon bebas di kerusi DUN Tanjung Aru jika partinya, UPKO, tidak meletakkan calon di kawasan tersebut pada PRN akan datang.

Menurut Borneo Post, Mojigoh berkata, belau tidak kisah menggunakan wangnya sendiri dan bertanding sebagai calon bebas jika UPKO tidak mencalonkan sesiapa dan parti-parti politik lain terus bertelagah antara satu sama lain.

Bagaimanapun, beliau akan memberikan sokongan penuh kepada calon parti itu jika Upko memutuskan untuk bertanding di Tanjung Aru.

Kerusi tersebut kini disandang oleh Junz Wong dari Warisan, yang dipilih pada tahun 2020 dengan majoriti 3,147 undi dalam persaingan lapan penjuru.

Mojigoh berkata jika beliau bertanding, matlamatnya adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 2,000 undi agar tidak kehilangan deposit.

Beliau menyatakan bahawa Tanjung Aru, yang merangkumi kawasan Tanjung Aru, Sembulan, dan Pulau Gaya, mempunyai kira-kira 20,000 pengundi.

Ahli politik berusia 73 tahun itu merupakan Ketua Upko bahagian Putatan dan pernah menjadi ahli parlimen Putatan selama tiga penggal berturut-turut iaitu dari 2004 sehingga 2018.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top