Bekas MP Putatan Keluar STAR

marcus-mojigoh.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Bekas anggota parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh telah meninggalkan parti Solidariti Tanah Airku (STAR), lapor The Borneo Post.

Menurut laporan itu, Dr Marcus, ketika dihubungi, mengesahkan perkara tersebut.

“Memang benar. Saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli parti. Surat bertarikh 1 Julai 2022 itu diterima Setiausaha Agung STAR minggu lepas,” katanya.

Dr Marcus menyertai STAR pada Disember, 2021. Sebelumnya beliau lama bersama UPKO dan berkhidmat sebagai bendahari agung sebelum meninggalkan parti itu pada awal 2020.

Menurut beliau selepas PRU-14, beliau berpeluang merenung pencapaiannya sepanjang tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Putatan.

“Saya dapati walaupun banyak yang telah saya lakukan, saya merasakan masih banyak perkara yang boleh dilakukan untuk Putatan, yang dekat di hati saya, seperti menubuhkan ibu pejabat polis daerah, rancangan tebatan banjir dan menambah kemudahan awam.

“Selepas meninggalkan UPKO, saya menjadi aktivis politik dan menyuarakan kehendak rakyat di forum tertentu. Tetapi kerana keterbatasan yang saya hadapi sebagai aktivis solo, saya digalakkan oleh rakan-rakan untuk menyertai STAR,” katanya.

Beliau menambah bahawa beliau menghabiskan hampir setahun sebagai ahli di STAR tetapi beliau berasa terhad dalam menyuarakan isu berkaitan penduduk di Putatan berikutan suasana politik negara yang tidak stabil dan juga demi menjaga etika parti.

“Dan kerana itu, dan selepas secara mendalam, saya memutuskan untuk meninggalkan STAR dan bergerak sebagai aktivis politik di mana saya akan terus menyuarakan hal ehwal Putatan,” katanya.

Dr Marcus juga menafikan dakwaan bahawa tindakannya meninggalkan STAR disebabkan salah faham antara beliau dan presiden parti itu Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan pemimpin-pemimpin lain.

“Dakwaan itu tidak benar. Saya mempunyai hubungan baik dengan presiden dan pemimpin STAR yang lain,” katanya.

Beliau juga berkata apa yang negara perlukan sekarang ialah kestabilan dan kemakmuran.

“Mana-mana platform politik yang menawarkan kestabilan dan kemakmuran harus disokong,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top