Bekas Ketua Wira Warisan kini sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah?

ismail-ayob.jpg

Ismail bersama Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan. (Kredit foto: FB Mohd Ismail Hj Ayob II)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Selepas sebulan meletak jawatan Ketua Wira Parti Warisan (Warisan) dan keluar parti, Mohd. Ismail Ayob dikatakan telah menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Utusan Malaysia pihaknya Mohd. Ismail dalam hantaran di Facebooknya malam tadi seakan-akan mengesahkan penyertaannya sebagai ahli Gagasan Rakyat apabila hadir sebagai pemerhati bahagian Lamag, Kinabatangan ke Persidangan Agung Tahunan 2023 Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu, Sabah, hsemalam.

Beliau juga berkongsi lebih 40 keping gambar memakai pakaian rasmi parti berwarna merah beserta tanda nama ‘Md. Ismail’.

Pada 7 Oktober lalu, beliau mengumumkan peletakan jawatannya bukan disebabkan menerima tawaran atau imbuhan menyertai parti-parti politik lain.

Sebaliknya, kata beliiau, keputusan itu dibuat akibat kegagalannya sebagai pemimpin sepanjang menjadi Ketua Wira Warisan dan Ketua Bahagian Warisan Parlimen Kinabatangan.

 

Baca seterusnya di: Utusan Malaysia

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top