Bekas Ketua Konservator Hutan Sabah Sangkal Tanah Yayasan ‘Hilang’

hutan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas ketua konservator hutan Sabah, Datuk Sam Mannan menepis dakwaan tanah Yayasan Sabah “hilang”dan menjelaskan tanah berkenaan dikelaskan bawah tanah pemuliharaan.

Beliau berkata kawasan pemuliharaan itu termasuk Tabin, Lembah Danum, Ngarai Imbak, dan Lembangan Maliau.

“Orang ramai dapat gambaran seolah Yayasan Sabah sebuah kawasan berlesen yang amat luas (untuk pembalakan) apabila ia mula ia ditubuhkan. Itu tidak betul.

“Kawasan berlesen itu pada awalnya hanya kira-kira 850,000 hektar dan kini hanya tinggal 250,000 hektar. Jadi mana pergi 600,000 hektar tanah yang ‘hilang’ itu seperti didakwa kerajaan negeri sekarang?” katanya dalam kenyataan.

Sam berkata mengikut Peraturan Hutan 1969, kawasan yang “hilang” itu dipulangkan kepada Yayasan Sabah untuk diuruskan sebagai tanah pemuliharaan untuk selama-lamanya.

Baru-baru ini, bekas ketua menteri Musa Aman membidas penggantinya, Shafie Apdal, berhubung dakwaan Musa dan ahli keluarganya peroleh kontrak 100 tahun ke atas 700,000 hektar tanah milik Yayasan Sabah.

Sam berkata kawasan pemuliharaan dibahagikan kepada Kelas 1 (perlindungan), Kelas VI (hutan dara), Kelas VII (hidupan liar), dan Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA).

Beliau berkata selepas tanah diperuntukkan untuk pertanian pada 1970-an, keluasaan asal 850,000 hektar di Hutan Simpan Tenegang, Hutan Simpan Sungai Sapi, Hutan Simpan Segaliud-Lokan, dan Hutan Simpan Kretam berkurangan dalam tempoh tertentu.

“Kerajaan lepas menggantikan ‘pengurangan’ itu dengan menambah tanah Yayasan Sabah daripada 850,000 hektar (saiz asal) kepada kira-kira 1.1 juta hektar,” katanya.

 

 

*gambar hiasan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top