Bekas Diplomat, Bekas DO Antara Calon Taruhan Warisan

warisan-1.jpg

Kredit foto; Borneo Today

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Bekas diplomat Datuk Jilid Kuminding @ Zainuddin dinamakan oleh parti Warisan sebagai calonnya di kerusi Parlimen Kota Marudu pada PRU15 akan datang.

Untuk kerusi Parlimen Kudat pula, parti itu menamakan Abdul Rashid Abdul Harun sebagai calonnnya. Beliau merupakan bekas pegawai daerah Kalabakan.

Pengumuman mengenai calon-calon yang dinamakan itu dibuat oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di program Jelajah Warisan, di sini, kelmarin.

Turut diumumkan oleh Shafie ialah calon bagi Parlimen Kota Belud, di mana Isnaraissah Munirah Majilis sekali lagi diturunkan untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU14 itu.

Menurut Shafie ketiga-tiga yang dinamakan itu adalah anak tempatan di kawasan-kawasan Parlimen berkenaan.

Jilid, 60, menyertai Warisan pada Rabu lalu. Beliau bersara dari perkhidmatan awam pada Januari lalu setelah berkhidmat selama 33 tahun dengan jawatan terakhirnya sebagai duta Malaysia ke Palestin.

Sementara itu Abdul Rashid, 56, merupakan anak jati Pitas.

Dalam pada itu, Mohd Shafie juga menyatakan akan meletak seorang lagi calon muda yang punya keupayaan dan kebolehan di Parlimen Tawau. Namun, nama calon belum didedahkan.

Mengulas lanjut beliau berkata, memandangkan masa agak singkat maka Warisan akan mengumumkan calon-calon di beberapa kerusi Parlimen lebih awal dan selebihnya akan diumumkan awal bulan depan.

Untuk keseluruhan calon di seluruh negara pula akan diumumkan sekali gus awal bulan depan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top