Bekas Calon Warisan Saran KM Percepat Lantikan MPKK Di Empat Daerah PKPDB

dr-kamaruddin.jpg
Kongsi Bersama

MEMBAKUT: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Nor disaran agar dapat mempercepatkan perlantikan ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ketua Kampung di kesemua empat daerah yang terjejas akibat bencana pandemik COVID-19, iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

Mantan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Membakut (Pilihanraya Negeri Sabah ke-16) Dr Mohd Kamaruddin Abd Hamid dalam hantarannya di halaman Facebooknya berkata,

Saranan ini dibuat berdasarkan pengumuman dana bantuan sebanyak RM50 juta yang telah diumumkan oleh ketua menteri baru-baru ini.

RM10 juta daripada dana tersebut akan digunakan untuk memberikan bakul berisi makanan asas kepada penduduk di empat daerah yang diisytiharkan sebagai zon merah akibat jangkitan COVID-19 yang meningkat secara drastik.

Walaubagaimanapun, belum ada apa-apa maklumat jelas dan terperinci bagaimana SOP pengagihan bakul makanan tersebut dapat dilaksanakan disebabkan oleh semua lantikan MPKK dan ketua kampung telah ditamatkan perkhidmatan mereka dengan serta merta. Pengagihan dana bantuan bakul makanan sebanyak RM2.5 juta bagi setiap daerah tersebut perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan keperluan makanan harian penduduk di empat daerah tersebut terjejas.

Disarankan sekirannya lantikan baru belum dapat dimuktamatkan lagi di empat daerah tersebut, gunapakailah khidmat MPKK dan ketua kampung sebelum ini demi kepentingan dan kebaikan bersama.

Sewajarnya mereka diberikan kepercayaan disebabkan pengalaman mereka mengendalikan bantuan bakul makanan sebelum ini.

Pihak kerajaan negeri mungkin perlu melantik beberapa pasukan pemantau sekiranya dikhuatirkan bantuan tidak sampai ke sasaran.

Yang penting buat masa ini ialah bantuan bakul makanan dapat diagihkan secepat mungkin.-Borneo Today

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top