Bekas Ahli Bersatu Sabah Intai Kemungkinan Ambil Alih GAGASAN?

PGRS.jpg

Pada 8 Nov 2022, Ketua Editor Sabah Gazatte, Musli Oli (Pak Mus) membuat hantaran di FB membayangkan kemungkinan di atas. Apakah satu lagi ramalannya akan menjadi kenyataan?

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang separuh tidak aktif besar kemungkinan akan menjadi pilihan pertama untuk diambil alih oleh bekas ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) Sabah,  yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang meninggalkan parti nasional itu pada Sabtu lalu dan buat sementara waktu menjadi “ahli langsung” Gabungan Rakyat Sabah ( GRS).

Sumber berkata, rundingan untuk pengambilalihan itu telah dijalankan sejak sebelum penghijrahan besar-besaran dan mereka menjangkakan untuk memuktamadkan pengambilalihan parti itu dalam masa seminggu jika semuanya berjalan lancar.

PGRS yang akronimnya sekarang ialah GAGASAN, menjadi pilihan utama Hajiji dan pemimpin kanan kerana ia juga boleh menggunakan akronim PGRS yang boleh menggambarkan gabungan GRS.

Parti itu yang beberapa kali bertukar tangan sejak didaftarkan pada 2013, kini di bawah pimpinan ahli politik tempatan, Stephen Jimbangan.

Ketika dihubungi, Jimbangan mengetepikan cakap-cakap bahawa partinya sedang didekati oleh bekas pemimpin BERSATU Sabah.

Bagaimanapun, beliau mengakui GRS telah meminta mereka mengemukakan semula permohonan untuk menyertai gabungan negeri itu.

Menurutnya PGRS pernah dua kali menyerahkan permohonan tetapi masih belum mendapat jawapan.

Jimbangan juga berkata mungkin permohonan mereka itu (untuk menyertai GRS) yang mencetuskan spekulasi pengambilalihan tersebut.

“Ya, kami memohon pada 8 Nov tetapi belum ada perbincangan mengenai pengambilalihan. Mungkin permohonan kami, jadi (punca) semua spekulasi,” katanya.

Beliau berkata terdapat pertemuan dengan bekas pemimpin BERSATU pada Sabtu dan pertemuan sedemikian dengan rakan-rakan adalah perkara biasa.

Bekas pemimpin BERSATU Sabah masih membisu mengenai pengambilalihan Gagasan.

Bekas Timbalan Pengerusi BERSATU Sabah Datuk Masidi Manjun telah menyatakan bahawa mereka sedang mengusahakan platform politik baharu dan langkah itu perlu dimuktamadkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, bekas ahli BERSATU dipercayai tidak tergesa-gesa kerana 14 Adun dan empat Ahli Parlimen mereka kini menjadi ahli langsung GRS, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri gabungan GRS-Barisan Nasional.

“Kami tidak tergesa-gesa, apabila telah sampai masanya, barulah kami akan umumkan,” kata seorang pemimpin kanan daripada kumpulan bekas ahli BERSATU.

Beliau berkata bahawa Hajiji akan menjadi presiden parti baharu itu.

Berita asal: The Star

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top