Bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas meluahkan rasa kecewa berhubung gesaan Pakatan Harapan (PH) agar penggantinya, Tan Sri Idrus Harun dipecat.
Dianggap sebagai seorang pakar perlembagaan Malaysia, Thomas berkata undang-undang yang dirujuk bagi gesaan itu adalah terbuka kepada pentafsiran.
“Undang-undang tidak ada hitam putih mengenai perkara ini. Terdapat banyak kawasan kelabu.
“Ini adalah bidang perundangan yang sukar dan kompleks. Kita memasuki ‘wilayah’ yang belum dijelajahi. Semua orang berhak atas pendapat mereka. Anda harus bersetuju untuk tidak bersetuju. Itulah undang-undang.
“AG tidak boleh dipecat kerana ada yang tidak bersetuju dengan pendapat undang-undangnya.
“Harus ditegaskan bahawa pendapat undang-undang bukan bermaksud untuk menjadi popular atau mencari kepentingan,” katanya kepada Malaysiakini malam tadi.
Baca seterusnya di sini: Malaysiakini