Bekas ADUN Warisan Mohon Sertai BN

Dr-Yusof.jpg

Dr Yusof (kiri) bersama Bung di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BN Sabah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas ADUN Warisan Yusof Yacob hari ini mengesahkan beliau telah membuat permohonan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Katanya, permohonan itu diserahkan kepada Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin dan beliau menyerahkan kepada parti itu untuk membuat keputusan.

“Sebelum ini saya sudah suarakan untuk menyokong GRS (Gabungan Rakyat Sabah), sokong PM (perdana menteri). Soal parti itu saya serahkan kepada Bung.

“Kita tunggu masanya lah (pengumuman rasmi). Kita harus lupakan yang lalu dan melihat ke hadapan…kita harus memikirkan masa depan Sabah dan generasi muda kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Aidilfitri BN Sabah yang turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Hajiji Noor, di sini, semalam.

Sementara itu, Bung ketika ditemui mengesahkan menerima borang permohonan daripada Yusof dan berkata akan mengumumkan mengenainya dalam masa terdekat.

“Sampai masanya sudah (Yusof menyertai BN), nanti kita umum satu dua hari lagi,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top