Bekas ADUN Labuk sertai STAR

Abd-Rahman-ex-ADUN-Labuk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:  Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri  Labuk, Abdul Rahman Kongkawang menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Beliau menerima kad keahlian daripada Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan di Sokid Villa, pada Selasa.

Dalam catatannya di Facebook, Kitingan berkata Abdul Rahman turut menyerahkan beberapa borang permohonan keahlian kepadanya.

Difahamkan satu acara khusus untuk penyerahan borang secara beramai-ramai akan diadakan di Dewan Kampung Iran, Labuk pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Rahman dipilih sebagai ADUN Labuk pada 2018 atas tiket PBS, ketika parti itu masih dalam Barisan Nasional.

Beliau berpaling tadah ke Warisan pada 2019 dan cuba mempertahankan kerusi DUNnya sebagai calon bebas semasa pilihan raya Sabah 2020 dalam pertandingan lima penjuru, tetapi tewas.

PBS dan STAR, yang kini bersekutu di bawah gabungan Gabungan Rakyat Sabah, menandatangani pakatan pada April bertujuan menyatukan undi masyarakat Kadazandusun Murut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top