Bekas ADO Tamparuli sertai KDM

sertai-KDM.jpg

Joseph (atas) dan Alzendra (bawah) menyerahkan borang keahlian masing-masing kepada Dr Gaim .

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bahagian Tamparuli mendapat suntikan semangat baharu apabila bekas penolong pegawai daerah (ADO) Tamparuli Joseph Bangguan bertindak menyertai parti itu.

Joseph menyerahkan borang keahlian rasmi kepada Naib Presiden KDM Dr Gaim James Lunkapis pada satu majlis ringkas di ibu pejabat KDM dekat sini pada Jumaat.

Ahli perniagaan Alzendra Johnny turut menyerahkan borang keahlian rasmi untuk menyertai parti tempatan Sabah itu pada majlis yang sama.

Majlis itu turut disaksikan Naib Presiden KDM Gundohing Henry Saimpon dan Naib Presiden KDM Dr Oswald Aisat.

Joseph berkata beliau mengambil keputusan menyertai KDM selepas mengambil kira senario politik terkini di negeri ini.

“Saya mempunyai keyakinan bahawa KDM boleh memperjuangkan legasi dan rahsia keberhasilan Negeri Sabah yang ditinggalkan oleh Tun Mohd Fuad Stephens kepada kepada bapa saya,” katanya.

Sebagai makluman, bapa kepada Gundohing Joseph iaitu Bangguan Bin Dalambun adalah Pegawai Penerangan Peribadi kepada Tun Mohd Fuad Stephens melalui surat pelantikan bertarikh 1 September 1975.

“Rahsia ini akan saya serahkan kepada Presiden KDM untuk tindakan selanjutnya,” kata Joseph.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top