Beberapa Pemimpin Nyatakan Hasrat Bentuk Kerjasama Dengan Warisan

shafie.jpg
Kongsi Bersama

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beberapa pemimpin politik sudah menyatakan hasrat mereka untuk membentuk kerjasama dengan Parti Warisan – yang setakat ini berpangkalan di Sabah.

Memetik Malaysiakini, Mohd Shafie dilaporkan berkata, antara pemimpin yang bertemu dengannya ialah presiden penaja Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga bekas menteri belia dan sukan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Mohd Shafie, kerjasama dengan Muda adalah penting memandangkan anak-anak muda turut mempunyai kebolehan dan keupayaan masing-masing untuk memimpin negara.

Bagaimanapun menurut bekas ketua menteri Sabah itu, kerjasama tersebut belum dilancarkan secara rasmi.

“Cuma setakat ini saya ada perbincangan dengan rakan saya, Syed Saddiq, dan beberapa pimpinan sudahpun bertemu dengan saya di beberapa tempat untuk menyatakan hasrat mereka tentang kesediaan untuk menyertai (kerjasama dengan) Parti Warisan,” katanya di Kuala Lumpur.

Terdahulu Mohd Shafie menghadiri majlis perbincangan mengenai isu ekonomi bumiputera Sabah dan Semenanjung Malaysia serta kesan ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top