Beberapa Nama Besar Gagal Pada Pemilihan CEC DAP

pua-kian-ming-bee-yin.jpg

Dari kiri; Tony Pua, Ong Kian Ming dan Yeo Bee Yin.

Kongsi Bersama

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dan Zairil Khir Johari adalah antara beberapa nama besar yang tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) pada Ahad.

Pua dan Ong adalah dua pemimpin DAP yang mencadangkan Pakatan Harapan (PH) melihat rangka kerja yang dicadangkan untuk kerjasama politik dua parti yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjadi Perdana Menteri, beberapa hari sebelum beliau meletak jawatan pada Ogos.

Gandingan mereka berdua dikritik hebat oleh ahli-ahli susulan cadangan itu.

Dalam pemilihan semalam Pua, yang juga Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, memperoleh 744 undi manakala Ong, yang juga Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP, memperoleh 535. Mereka ketinggalan jauh di belakang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Jannie Lasimbang yang mendapat tempat apabila menduduki tempat ke-30 dengan 877 undi.

Turut gagal tersenarai dalam CEC ialah Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dan Ketua Wanita yang juga ADUN Padang Lalang, Chong Eng.

Sementara itu  Ketari, Young Syefura Othman, yang juga satu-satunya calon Melayu yang dipilih untuk CEC dan Lim Hui Ying, anak perempuan kepada mentor DAP, Lim Kit Siang yang juga adik kepada Lim Guan Eng.

Guan Eng, yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung, juga tersenarai dalam CEC dan kemudiannya dipilih sebagai pengerusi parti.

Seramai 4,149 perwakilan mengundi melibatkan 93 calon bertanding bagi merebut 30 tempat dalam CEC iaitu badan pembuat keputusan tertinggi parti.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendapat undian tertinggi iaitu 1,782, diikuti Ketua DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (1,641) dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Loke Siew Fook (1,625 undi).

Loke kemudian dipilih oleh jawatankuasa sebagai Setiausaha Agung DAP.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top