Beberapa Kawasan Di Beaufort Dilanda Banjir

banjir-beaufort.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Hujan lebat berterusan sejak petang kelmarin menyebabkan beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda banjir.

Sebahagian besar kawasan rendah yang berisiko terutama perkampungan berhampiran sungai termasuk Membakut sudah digenangi banjir bagimanapun setakat ini belum ada penduduk diarahkan untuk berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jabatan Pengairan dan Saliran Beaufort dalam satu kenyataan memaklumkan paras Sungai Padas kini berada pada paras bahaya dengan bacaan terkini mencecah 9 meter manakala Sungai Membakut mencecah lebih 6 meter iaitu pada paras amaran.

“Semua penduduk di daerah ini dimaklumkan bahawa JPS Beaufort akan melaksanakan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) sepenuhnya disebabkan keadaan banjir besar.

“Gangguan bekalan air terawat akan terganggu di daerah ini disebabkan penutupan terbabit,” katanya.

Beliau berkata kerja peyelenggaraan di semua sauk LRA turut terganggu disebabkan sampah sarap yang dihanyutkan.

“Diharapkan pengguna air dapat berjimat cermat dan kami memohon maaf dengan segala kesulitan dihadapi,” katanya. – UTUSAN BORNEO

 

Foto: FB Sabah FM


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top