Beaufort, Nabawan Antara Kawasan Diramal Alami Cuaca Panas Tahap 1

cuaca-panas.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Dua kawasan di Sabah adalah antara sembilan kawasan di seluruh negara yang diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga), sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di laman Facebook, kawasan-kawasan di Sabah itu ialah Beaufort dan Nabawan.

Tujuh kawasan lain yang terbabit adalah di Semenanjung iaitu Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan).

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, sila rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Sumber: BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top