Beaufort Daerah Pertama Capai Imuniti Kelompok Di Sabah

vaksinasi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Daerah Beaufort merekodkan jumlah tertinggi penduduk yang lengkap menerima dua dos vaksin di negeri ini sekali gus berjaya mencapai imuniti kelompok COVID-19 bagi daerah itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima  Masidi Manjun berkata, setakat 3 September lepas, sebanyak 89 peratus penduduk di Beaufort melengkapkan pengambilan vaksin.

Menurutnya, daerah Kuala Penyu mencatatkan jumlah kedua tertinggi dengan rekod sebanyak 76.6 peratus penduduk lengkap dua dos vaksin.

“Setakat 3 September 2021, sebanyak 42.4 peratus penduduk dewasa di negeri ini memperolehi vaksin lengkap dan 61.1 peratus lagi memperoleh satu dos vaksin,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, bagi fasa dua dos pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), sebanyak 22,132 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,621,411 orang.

Menurutnya, bagi dos kedua fasa dua pula, sejumlah 22,770 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,102,655 orang.

Sabah menyasarkan untuk mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin bulan ini dan sasaran imuniti kelompok atau 80 peratus penduduk lengkap vaksin menjelang akhir tahun ini.

 

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top