Bazar Ramadan: Amal Integriti, Harga Berpatutan

Shahelmey-1.jpg

Shahelmey menyempurnakan gimik perasmian masjid dengan diiringi oleh Manap (kiri) dan Abdullah (kanan).

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menjelang Ramadan ini, para peniaga bazar diingatkan agar mengamalkan integriti dan menjual dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata aspek kebersihan serta kualiti juadah yang dijual juga perlu dipastikan demi kesejahteraan para pembeli.

Para peniaga seharusnya berniaga secara berhemah iaitu menjual dengan harga yang berpatutan, bersih dan penuh integriti.

Ini kerana pada Ramadan lepas, kita menerima aduan daripada pembeli berkaitan kes juadah yang dijual telah rosak atau basi sama ada disedari atau tidak.

Abdullah menyampaikan cenderahati kepada Shahelmey.

Oleh itu, para peniaga bazar Ramadan perlu sentiasa peka terhadap kualiti juadah yang mereka jual,” jelas beliau.

Selain itu, Shahelmey turut menasihatkan orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan supaya mematuhi peraturan keselamatan di jalan raya.

Apabila meletakkan kenderaan, letaklah dengan berhemah dan jangan pentingkan diri sendiri hingga menyebabkan kesukaran kepada pengunjung-pengunjung lain,” katanya kepada media selepas merasmikan Masjid Al Mawaddah Taman Seri Gaya dekat sini, pada Jumaat.

Surau Al Mawaddah yang dibina sejak tahun 2011 itu, kini telah dinaik taraf sebagai masjid mulai tahun 2019 dengan kapasiti 400 hingga 500 jemaah dari sekitar Taman Seri Gaya, Luyang dan pejabat-pejabat kerajaan yang berhampiran.

Menurut beliau, masjid tersebut bukan sahaja sebagai tempat solat, mengaji dan acara keagamaan, tetapi juga dijadikan sebagai pusat pertemuan umat Islam untuk mengeratkan silaturahim menerusi aktiviti sukan, riadah serta aktivti perniagaan seperti warung dan pusat cuci kereta yang hasilnya dikembalikan semula kepada pihak masjid.

Antara yang hadir, Timbalan Mufti Negeri, Datuk Abdul Manap Lakariba, Pengerusi Masjid Al Mawaddah, Datuk Abdullah Sibil.- PENERANGAN

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top