Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemukan Atas Reban Ayam

bayi-atas-reban.jpg

Seorang pegawai polis menunjukkan lokasi reban ayam dimana seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan. - Foto PDRM

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas sebuah reban ayam di kawasan Kampung Jawa, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian berkenaan disedari oleh seorang lelaki warga tempatan yang berumur 51 tahun yang merupakan penduduk kampung berkenaan semasa meninjau kawasan reban ayam miliknya pada sekitar jam 6.30 pagi.

Susulan itu, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan bayi lelaki tanpa pakaian seberat tiga kilogram itu kemudiannya telah dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan.

Menurut beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau di denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis sedang berusaha mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus ke talian IPD Lahad Datu 089-881255 atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top