Bayi Ditinggalkan Di Gerai Makanan Di Sandakan

tinggal-bayi.jpg

BAYI lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan ditinggalkan di gerai jualan makanan. FOTO Ihsan Polis

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Bayi lelaki dipercayai baru lahir ditinggalkan tanpa pakaian di gerai jualan makanan di Batu 5, Kampung Jaya Baru, Jalan Tengah Nipah, di sini, pagi semalam (Jumaat).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, bayi masih bertali pusat itu ditemukan lelaki berusia 30 tahun yang juga pemilik gerai ketika hendak membuka gerainya, kira-kira 7 pagi.

Katanya, selanjutnya sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram dan ditemui di atas gerai jualan makanan tanpa sebarang pakaian.

“Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Lahad Datu Sabah 089-881255 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Marlisa Maedika@ Mardeka di talian 016-2194554,” katanya.- HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top