Bayaran Khas RM500 Untuk Imam, Bilal, Siak Dan Guru Takmir Sebelum Aidilfitri

IMG_20220128_132114.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM24.28 juta bagi pembayaran elaun dan bayaran khas untuk iman, bilal, siak dan guru takmir di Sabah pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, peruntukan kewangan itu dijangka akan memberi manfaat kepada 7,716 orang Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir di Sabah.

Beliau berkata, bayaran khas sebanyak RM500 secara “one-off” kepada 4,372 orang Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir pula melibatkan peruntukan sebanyak RM2.18 juta sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pengimarahan masjid khususnya di Sabah.

“Bayaran khas akan disalurkan kepada penerima sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini,” katanya semasa menghadiri Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah 2022 hari ini.

Selain itu, caruman Kerajaan sebanyak RM232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) Perkeso juga diteruskan pada tahun ini kepada Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir yang membabitkan 1,230 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM286,344 setahun.
.
Manakala, peruntukan bagi imbuhan imam seramai 1,699 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17.32 juta dan elaun Guru Takmir seramai 415 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.48 juta telah pun disalurkan pada 7 Januari 2022 bagi agihan suku pertama tahun ini.

Sementara itu, Idris berkata, beliau masih menunggu laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum membenarkan semua negeri melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk merapatkan saf di masjid-masjid seluruh negara.

Katanya, beliau masih menunggu lampu hijau daripada KKM untuk mengisytiharkan fasa endemik sebelum memutuskan untuk memberi kelonggaran kepada SOP sedia ada di masjid.

 

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top