Bawa Bot Sendiri Bantu Mangsa Banjir Bukti Rakyat Malaysia Prihatin

bawa-bot.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Setiap kali negara dilanda musibah, kita dapat lihat solidariti rakyat sungguh mengagumkan.

Perkongsian seorang pengguna Facebook, Muhsin Zaidi memberitahu, sepanjang lebuhraya PLUS dari Ipoh menuju selatan nampak banyak kereta persendirian bawa bot.

“Ada yang tarik, ada guna lori, atas bumbung kereta pun ada. Semua menuju ke arah Lembah Klang.

“Plat luar semua yang datang bawa bot. Tahniah rakyat Malaysia yang prihatin, travel jauh-jauh nak tolong mereka yang terkandas.

“Orang Malaysia ni ramai lagi yang baik-baik dan penyayang,” catat Muhsin yang mendapat 3,700 tanda suka dan 1,800 perkongsian di Facebook.

Manakala akaun dengan nama Roy Razman meninggalkan komen di hantaran itu.

“Kami bantu sebab dulu masa kami di utara kena musibah banyak yang datang dari Lembah Klang membantu dan memberi sumbangan.

“Kali kami nak balas jasa anda semua. Biar jasa jadi kenangan,” katanya.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top