Baru Terima Surat Penggantunggan Tanpa Dinyatakan Sebab – Hishammuddin

surat-H2O.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan baru sahaja menerima surat rasmi penggantunggan keahlian Umno selama 6 tahun namun, tidak dinyatakan sebarang sebab.

“Baru sahaja terima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian Umno saya.

“Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) di Facebooknya pada Selasa.

Dalam surat yang diutus Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan sekadar menyatakan “adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi(MKT) Umno pada 27 Januari 2023 telah memutuskan bahawa Datuk Seri digantung hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana tindakan Datuk Seri melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan Umno.

“Penggantungan ini adalah selama tempoh 6 tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi Umno,” tulis surat berkenaan.

Pada Jumaat lalu, bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dipecat oleh Umno.

Manakala Hishammuddin, beberapa pemimpin lain turut digantung keahlian selama enam tahun ialah bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan; Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua Umno Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif. -SUARA TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top