Bapa Teruja Anak Hadiahkan ‘Scrambler’

Scrambler.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Berbaktilah dan bahagiakan kedua ibu bapa selagi hayat mereka masih ada.

Itu reaksi orang ramai apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan kegembiraan seorang bapa apabila anak-anaknya telah menghadiahkan sebuah motosikal jenis Kawasaki KLX.

Difahamkan, motosikal jenis ‘scrambler’ itu adalah motosikal idaman bapa mereka sejak usianya masih muda.

Menerusi klip video berdurasi 19 saat yang dimuat naik di laman Facebook itu, kelihatan wajah lelaki itu sangat gembira dan teruja apabila anak-anaknya berjaya menghadiahkan motosikal idamannya.

Kelihatan lelaki itu juga terus membonceng motosikal tersebut sejurus anaknya menyerahkan kunci.

Susulan klip video itu, rata-rata pengguna Facebook turut berkongsi kegembiraan dan masing-masing berharap agar dapat membahagiakan orang tua mereka.

Pada masa sama, netizen turut berpesan kepada yang masih mempunyai ibu bapa supaya sentiasa berbakti dan membahagiakan mereka kerana ketika musim pandemik ini, apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata.

Sehingga pukul 9 malam tadi, klip video tersebut telah ditonton lebih 11,000 kali dan dikongsi 21 pengguna. -K! ONLINE.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top