Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau

xcident-keningau.jpg

Kredit foto: JBPM Negeri Sabah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang bapa dan anak perempuannya berusia empat tahun maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Jalan Apin-Apin, Keningau, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 12.22 tengah malam sebelum 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau tiba ke tempat kejadian 17 minit kemudian.

Isteri mangsa berusia 33 tahun dan empat anaknya berusia 2 hingga 11 tahun mengalami kecederaan parah, manakala tiga dewasa berusia 31 hingga 40 tahun dalam pacuan empat roda hanya cedera ringan.

“Pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pukul 2.30 pagi,” katanya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top