Banyak Lagi Yang Boleh Dilakukan Untuk Pembangunan Sabah – Armizan

armizan-1-1.jpg

Datuk Armizan Mohd Ali (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan perlu meningkatkan komitmen untuk membangunkan Sabah dan memperuntukkan lebih banyak pembiayaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Hal Ehwal Sarawak dan Fungsi Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Menurut beliau, sebagai pemimpin dari Sabah, beliau berharap kerajaan akan menambah peruntukan untuk negeri ini dan membawa lebih banyak pembangunan.

Katanya, dengan pembentangan semula Bajet 2023 pada Jumaat ini, terdapat beberapa perkara yang Kerajaan Persekutuan harus komited untuk manfaat rakyat Sabah.

Ujar beliau, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, banyak perubahan berlaku dan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diberikan semula kepada Sabah.

“Kami melihat komitmen beliau dan dalam aspek MA63, ia telah mula menampakkan hasil,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Pangkat dan Penganugerahan Pingat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah di sini kelmarin.

Ahli Parlimen Papar itu seterusnya berkata perkara di bawah MA63 ini sudah lama ditunggu-tunggu, termasuk penurunan kuasa pusat dan pemerkasaan agensi negeri.

Memetik contoh, beliau berkata Anwar telah mengumumkan bahawa semua projek kerajaan di Sabah dan Sarawak di bawah bajet RM50 juta kini akan diputuskan oleh kerajaan negeri sendiri.

“Perdana Menteri juga berkata sekiranya projek-projek ini dapat dijalankan dengan lancar, beliau tidak teragak-agak untuk menambah jumlah projek yang dikendalikan sendiri bagi kedua-dua negeri,” katanya.

 

Berita asal: The Star

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top