Bantuan Untuk Malim Gunung, Porter, Pemandu Pelancong, Divemaster, Penggiat Seni

jafry-1.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 3,957 individu yang terdiri daripada Malim gunung , porter, pemandu pelancong, divemaster, dan penggiat seni akan menerima bantuan sebanyak RM300 setiap seorang bagi meringankan beban selepas punca pendapatan mereka terjejas akibat penularan Covid19.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Kerajaan negeri Sabah semalam telah meluluskan penambahan peruntukan Bantuan Prihatin COVID-19 berjumlah RM160 juta.

Daripada jumlah itu, kementerian pelancongan kebudayaan dan alam sekitar menerima lebih RM1 juta ringgit.

Beliah berkata demikian dalam satu perjumpaan bersama ahli lembaga pengarah taman taman sabah,  serta wakil daripada persatuan Malim Gunung dan juga porter.

Turut hadir, Pengarah taman taman Sabah, Dr Maklarin Lakim, pengerusi malim gunung kinabalu, Dwanson, pengerusi persatuan porter, David Simpat, dan bebeberapa ketua jabatan lain.

Antara perkara yang turut dibincangkan adalah termasuk kebajikan kakitangan dan staf di bawah Taman Taman Sabah, seterusnya usaha untuk menaiktaraf  infrastruktur pelancongan di negeri Sabah yang mampu menandingi sektor pelancongan antaabangsa.

Sementara itu beliau menyeru agar semua yang terjejas untuk terus tabah dalam menghadapi krisis pandemik  Covid-19 dan mengambil peluang ini untuk memperbaiki semua tempat tempat pelancongan yang ada untuk persediaan menerima kedatangan pelancong kelak. -pr/BNN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top