Bantuan RM500 PEMERKASA Plus Fasa 2 Kepada Pemandu Pengangkutan Awam Di Sabah dan Labuan Mula Disalur Hari Ini

Datuk-Chin-Kim-Hiung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah mengumumkan Bantuan one-off sebanyak RM500 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa 2 kepada 325 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan akan mula disalurkan hari ini (7 September 2021) melibatkan RM162 ribu peruntukan.

Pengerusi LPKP Datuk Chin Kim Hiung berkata, bayaran bantuan PEMERKASA Plus Fasa 2 ini merupakan lanjutan daripada pembayaran PEMERKASA Plus Fasa 1 kepada 6496 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan yang telah disalurkan bermula 27 Julai 2021 melibatkan RM3.2 juta peruntukan.

“Bagi pembayaran PEMERKASA Plus Fasa 2, seramai 198 orang adalah pemandu teksi dan kereta sewa (RM99,000 peruntukan), 79 orang pemandu E-Hailing (RM39,500 peruntukan), 40 orang pemandu bas sekolah (RM20,000 peruntukan), serta 8 orang pemandu bas pelancong (RM4,000 peruntukan).

“Selepas pembayaran PEMERKASA Plus Fasa 2 ini selesai, bermakna jumlah keseluruhan yang diperuntukan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan seramai 6821 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan adalah sebanyak RM3.4 juta,” kata Chin dalam satu kenyataan medianya semalam.

Katanya, jumlah peruntukan yang besar ini menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.

Beliau juga mengharapkan agar bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu yang terlibat sepanjang tempoh pandemik ini.

“Suka juga diingatkan agar semua pemandu pengangkutan awam di Sabah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini,” ujarnya lagi.- Sabah Media

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top