Bantuan RM1000 Kepada 937 Mangsa Banjir di Penampang

IMG-20210921-WA0009.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan memberi bantuan RM1,000 kepada 937 mangsa yang terjejas banjir di daerah Penampang termasuk penduduk Kampung Sugud.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, selain bantuan wang tunai, kerajaan negeri juga akan membantu menyediakan bahan yang diperlukan bagi membaik pulih rumah penduduk yang terjejas.

Di samping itu, 10 buah rumah yang dihanyutkan arus akan dibina semula.
“Itu antara bantuan segera yang kita berikan kepada penduduk yang terjejas teruk akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Kita akan memastikan penduduk di sini menerima bantuan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya semasa melawat Kampung Sugud, Penampang dekat sini  hari ini.

Dalam lawatan itu, Pegawai Daerah, Francis Chong turut memaklumkan kampung itu antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir lumpur tersebut.

Hajiji berkata, ketika ini, dua pakej projek tebatan banjir di daerah itu sudah siap dan hanya satu pakej lagi sedang dilaksanakan. Ia akan membantu mengatasi masalah banjir yang berlaku di daerah ini.

Jelasnya, beliau sudah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membersihkan saliran yang tersumbat.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Ir. Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top