Bantuan RM1,000 Buat Pencari Kerja Yang Berhijrah Dari Sabah, Sarawak Ke Semenanjung

pencari-kerja.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan bantuan mobiliti berjumlah RM500 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin.

Sementara, bantuan mobiliti berjumlah RM1,000 pula diberikan kepada pencari kerja yang berhijrah dari Sabah, Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya, umum Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Sejak MyStep dilaksanakan, ia telah berjaya menawarkan lebih 118,000 peluang pekerjaan. Kerajaan akan teruskan pelaksanaan MyStep dengan menawarkan 50,000 peluang kerjaya secara kontrak, merangkumi 15,000 dalam sektor awam dan 35,000 dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

“Tempoh pekerjaan MyStep sektor awam juga akan dilanjutkan sehbignaa 31 disember 2023.

“Sukacita juga diumumkan bermula 2023, gaji MyStep akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di bangunan Parlimen, di sini, pada Jumaat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top