Bantuan Musim Tengkujuh RM37 Juta Untuk 61,762 Pekebun Kecil Getah Di Sabah

toreh-getah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM 37,057,500.00 kepada 61,762 orang pekebun kecil getah di negeri Sabah dengan kadar RM600 bagi setiap pekebun kecil.

Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, kerajaan amat prihatin dengan nasib serta kebajikan para pekebun kecil dan penoreh getah yang sering berhadapan dengan keadaan cuaca.

“Khususnya pada hujung tahun yang mana cuaca sering menjejaskan aktiviti penorehan getah serta menjejaskan sumber pendapatan mereka.

“Tambahan lagi, harga komoditi getah global sehingga kini masih lagi berada pada paras yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebagai agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengagih-agihkan bantuan ini telah pun mula membuat pembayaran secara ‘electronic fund transfer’ pada 23 Disember 2020.

Katanya, para pekebun kecil boleh membuat semakan semakan di portal Lembaga Industri Getah Sabah melalui pautan e-BMT2020 di www.ligs.gov.my.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top