Bantuan Khas Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Sabah

hajiji.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah  mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, dalam kenyataan medianya semalam, berkata bayaran itu yang dibuat serentak dengan gaji bulan depan iaitu pada 7 Mei memberi manfaat kepada seramai 20,269 kakitangan awam negeri.

Katanya, semua penjawat awam negeri bermula dari gred 54 dan ke bawah, termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri akan menerima bayaran berkenaan.

Pesara awam negeri, katanya turut menerima bayaran khas sebanyak RM250.

“Kerajaan negeri menyambut baik keputusan bayaran bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri yang diumumkan menerusi kenyataan media pejabat Perdana Menteri.

“Selaras dengan pengumuman itu, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah,” katanya.

Bantuan itu, katanya sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti dan pengorbanan penjawat awam negeri melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama ketika menghadapi pandemik COVID-19.

Pada Khamis, pejabat Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam persekutuan akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM500, manakala RM250 bagi pesara yang akan dibayar serentak dengan bayaran gaji Mei, iaitu pada 6 Mei depan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top