Bank Data Penting Untuk Kenal Pasti Status Jalan – Bung

bung-tongod.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta semua pejabat daerah di negeri ini berklobrasi bersama  Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah) untuk mengumpukan data jalan-jalan yang ada di kawasan masing-masing bagi memudahkan kementerian mengenal pasti jalan raya yang perlu dinaik taraf atau diperbaiki.

Katanya data ini penting bagi mengenal pasti sama jalan raya tersebut dimiliki oleh pihak Jabatan Kerjaraya,Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau pihak Majlis Daerah.

Menurut beliau dengan adanya bank data akan memudahkan pihak kementerian merancang bagi memperolehi peruntukan sama ada negeri atau persekutuan dan ianya dikendalikan oleh pihak kementerian yang bertanggungjawab membina jalan raya tersebut.

“Terdapat kekeliruan orang ramai membuat aduan apabila berlakunya kerosakan jalan raya dan kementerian yang sering diajukan masalah berkenaaan ialah Kementerian Kerja Raya, sedangkan jalan raya tersebut di bawah pengurusan pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau Majlis Daerah atau kalau jalan estet oleh pihak pengurusan estat berkenaan,” katanya ketika dtemui selepas menghadiri program bersama rakyat dan bantuan bakul makanan kepada penduduk di Dewan Terbuka Pekan Tongod baru-baru ini.

Menurut Bung perkara ini telah beliau bangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dan pihak Kementerian Kerja Raya akan berkerjasama dengan pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar termasuk semua Pejabat Daerah bagi membincangkan isu mewujudkan bank data bagi setiap jalanraya di semua 73 kawasan DUN Sabah.

“Di Sabah ini terdapat beberapa kategori jalan raya yang tidak diberi peruntukan misalnya jalan kayu balak, jalan estet, jalan pertanian dan jalan tanah liat sebab itu pentig bagi kita membuat satu data berhubung status jalan-jalan di semua 73 DUN, ” katanya .

Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag telah memanggil kontraktor-kontraktor jalan yang dipertanggungjawabkan menyelenggara dan memantau jalan raya di negeri ini bagi segera membaiki jalan yang mengalami kerosakan akibat faktor cuaca.

“Pihak kontraktor perlu segera baiki jalan yang berlubang dan mengalami kerosakan akibat banjir atau hujan lebat demi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna,” katanya.

Bung Moktar turut memberitahu kerajaan telah meluluskan dua jalan raya iaitu Jalan Linayukan-Tongod dan Jalan Pinangah-Tongod.

Pada program itu sebanyak 1123  bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Tongod Shahruddin Chin, Penyelaras Barisan Nasional Kinabatangan Dato’ Juhari Janan dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top