Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat sedikit berbanding malam tadi

Banjir-Sabah.jpg

Gambar hiasan (Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah.)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini sedikit meningkat kepada 1,651 orang daripada 537 keluarga pada pukul 8 pagi ini, berbanding 1,485 orang daripada 493 keluarga pada malam tadi, lapor Bernama.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah melaporkan daerah Tongod yang pulih petang semalam, kembali dilanda banjir dengan dua PPS dibuka, menjadikan lima daerah yang masih dilanda banjir.

Pitas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 819 mangsa (301 keluarga), diikuti Lahad Datu kekal dengan 520 mangsa (140 keluarga), Tongod dengan 155 mangsa (41 keluarga), Beaufort kekal dengan 110 mangsa (32 keluarga) dan Paitan dengan 47 mangsa (23 keluarga).

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top