Banjir: PBS Hulur Bantuan Keoada Penduduk Keliangau, Lobou, Dombung

banjir.jpg
Kongsi Bersama

INANAM: Bencana banjir yang menimpa banyak tempat beberapa hari lalu menarik rasa prihatin Parti Bersatu Sabah (PBS) menghulur bantuan keperluan harian kepada keluarga yang terjejas.

Ahli Majlis Tertinggi PBS Datuk William Majinbon berkata dalam keadaan kes jangkitan COVID-19 meningkat, situasi penduduk di kawasan tertentu diperburukkan lagi oleh banjir kilat.

“Kesulitan kalangan keluarga yang terjejas amat memprihatinkan, justeru kita mengambil inisiatif menghantar bantuan sebagai misi kemanusiaan berdasarkan sumber yang kita ada,” katanya.

William berkata demikian ketika menghantar bantuan beras dan keperluan harian di Kg Keliangau, Kg Lobou dan Kg Dombung Manggatal.

Turut hadir dalam misi itu ialah Timbalan Ketua Bahagian PBS Inanam Raimin Sahat, mantan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Inanam Lukin Teliban dan wanita parti itu.

Jelas William, dalam keadaan pandemik memburuk serta bencana menimpa, saya mohon penduduk agar tabah dan menyatukan usaha untuk sama-sama mengatasi suasana yang kurang menggembirakan ini.

Dalam misi itu, William menyampaikan beras dan keperluan harian lain bagi membantu meringankan bebanan keluarga yang terjejas ekoran tidak dapat bekerja disebabkan pergerakan terhad. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top