Banjir Mengejut Di Kuala Penyu, Penduduk Terlibat Mohon Dibantu

banjir-kuala-penyu.jpg
Kongsi Bersama

KUALA PENYU: Beberapa kampung di daerah ini dilanda banjir secara mengejut malam tadi menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air sehingga meresahkan penduduk terlibat.

Kampung-kampung yang teruk mengalami banjir ialah Kg Gimba Mansud, Kg Layong dan Kg Kerukan.

Beberapa rumah terutama di Kg Gimba dan Kerukan telah ditenggelami air menyebabkan banyak barang-barang rumah rosak dan dihanyutkan air.

Rumah Ketua Kg Gimba, Gostim Jinsin antara yang teruk ditenggalami air hingga ke paras perut selain rumah penduduk yang berjiran dengan beliau.

Reda dengan situasi itu, Gostim terpaksa mengharungi air banjir yang mencecah antara tiga ke empat kaki itu untuk meminta pertolongan sahabat-sahabat yang turut bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarganya.

Seorang penduduk di sini, Dulimin Ajak memberitahu, kejadian banjir itu mengejutkan ramai penduduk kerana ia dikatakan pertama kali berlaku di daerah berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa harus tampil membantu mangsa-mangsa terlibat.

“Mohon supaya dapat tindakan selanjutnya,” katanya dalam posting di halaman Facebook beliau, hari ini.

Seorang netizen Kassim Latip menerusi komennya, berkata, pihaknya jarang mendengar kejadian banjir berlaku di Kuala Penyu.

“Semoga semuanya dipermudahkan,” kata beliau.

Seorang lagi nitizen, Din Maidun Tampanang meminta wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk Limus Jury tampil memberi bantuan mengenai kesengsaraan yang dialami penduduk terlibat.

Katanya, mohon bantuan terus daripada Anggota Dewan Undangan Ngeeri (Adun) berkenaan jangan sampai rakyat terus ditimpa kesengsaraan.

Sementara itu, di daerah kecil Menumbok, seorang penduduk, Datuk Murshidi Ghaffar mempersoalkan kegagalan Adun Kuala Penyu, Datuk Limus Jury mengambil tindakan untuk membantu penduduk di daerah berkenaan yang mengalami ketiadaan air bersih sejak beberapa bulan lepas.

“Mana sudah si amai (Limus) menghilang diri dan beliau patut berbuat sesuatu untuk membantu rakyat yang ketiadaan air,” katanya.

Murshidi berkata, selaku wakil rakyat, Pembantu Menteri Kerja Raya itu seharusnya melawat penduduk untuk membantu menangani masalah yang mereka hadapi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top