Banjir Kota Marudu, Air Mula Surut Tapi Jumlah Mangsa Di PPS Kekal 504

IMG_20220101_180414.jpg
Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Paras air banjir di sini mula surut petang ini namun jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal 504 orang setakat jam 4 petang tadi.

Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) memaklumkan Kesemua mangsa banjir membabitkan 167 ketua isi rumah (KIR) ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.

“Seramai 251 mangsa ditempatkan di PPS Dewan SK Teritipan, membabitkan 70 KIR manakala di PPS Dewan SMK Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 KIR,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi pemantauan masih dijalankan dari semasa ke semasa.

“Pasukan pemantau masih menjalankan pemantauan kampung-kampung yang telah dinaiki air.

“Hasil tinjauan mendapati keadaan paras air mula surut dan masih dalam kawalan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Hujan berterusan sejak awal pagi semalam telah mengakibatkan enam kampung di Kota Marudu dinaiki air dan banjir gelombang kedua telah diiytiharkan di daerah ini.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top